Pusat 3S Toyota Kini Dibuka Di Kota Samarahan, Sarawak

LocalCars
19 Aug 2024 • 1:20 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan pembukaan pusat jualan, servis dan alat ganti baharu hasil kerjasama dengan rakan pengedar, Borneo Mobility (Samarahan) Sdn Bhd. Pusat 3S terbaru Toyota ini terletak kira-kira 30 km daripada bandaraya Kuching di Kota Samarahan, Sarawak.

Menurut UMWT, pusat baharu ini dibuka bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di kawasan tersebut yang kini mempunyai populasi lebih daripada 130,000 orang. Borneo Mobility, yang telah dilantik sebagai pengedar sah sejak 2020, telah berjaya mengukuhkan kedudukan jenama Toyota di kawasan itu.

Servis Selepas Jualan yang Efisien

image is not availableimage is not availableimage is not available

Pusat 3S ini juga dilengkapi dengan lima ruang servis, yang bersedia memberikan perkhidmatan selepas jualan yang efisien kepada pelanggan Toyota di sekitar Kota Samarahan dan kawasan berdekatan. Borneo Mobility menyatakan bahawa pusat ini dijangka menyumbangkan sebanyak 12% daripada jumlah jualan keseluruhan jenama.

Kota Samarahan kini sedang berkembang pesat dengan projek perumahan, komersial dan infrastruktur baharu. Borneo Mobility melihat ini sebagai peluang untuk memperkukuhkan lagi perniagaannya di kawasan yang sedang membangun.

Menurut Presiden UMWT, Datuk Ravindran K., “Pembukaan Pusat 3S ini adalah usaha kami untuk mendekatkan jenama Toyota dengan pelanggan di mana sahaja mereka berada, dalam masa yang sama, memastikan mereka dapat mengakses perkhidmatan kami dengan mudah pada bila-bila masa.”

Lokasi dan Waktu Operasi

Pusat 3S Toyota baharu ini bertempat di Lot 9040-9042, Blok 26, 15-20 Uni Alam Commercial Centre, Jalan Datuk Mohamad Musa, 94300 Kota Samarahan, Sarawak. Pusat ini beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 8 pagi hingga 5.30 petang, dan Sabtu bermula jam 8 pagi hingga 1 petang.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi UMWT atau hubungi talian bebas tol 1-800-8-TOYOTA (869682).