Pusat Anaerobic Digester pastikan sisa makanan diurus secara sistematik - MPAJ

LocalEnvironment
23 Mar 2026 • 5:20 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

AMPANG JAYA, 23 MAC: Operasi di Pusat Anaerobic Digester kendalian Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) tetap diteruskan sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan sisa makanan diurus dengan baik dan sistematik.

MPAJ dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak 92 kilogram sisa makanan berjaya dikutip dari beberapa lokasi sekitar Ampang Jaya untuk diproses sepanjang tempoh perayaan.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, kesinambungan operasi ketika musim perayaan mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa pengurusan sisa secara mampan, sekali gus menjamin kebersihan serta kesejahteraan persekitaran sentiasa terpelihara.

Tambahnya, penggunaan teknologi anaerobic digester bukan sahaja mengurangkan jumlah sisa dihantar ke tapak pelupusan, malah menyokong agenda kelestarian alam sekitar di peringkat komuniti.

Dalam pada itu, MPAJ turut merakamkan penghargaan kepada semua petugas yang terus komited melaksanakan tanggungjawab demi kepentingan masyarakat, khususnya ketika musim perayaan.

View Original Article