'Pusat beli-belah dibanjiri air kumbahan, najis'

LocalEnvironment
7 Mar 2025 • 10:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tingkat bawah dipenuhi air kumbahan dipercayai dari loji kumbahan di pusat beli-belah berkenaan sekali gus mengakibatkan bau busuk.

GEORGE TOWN - Tingkat bawah sebuah pusat beli-belah di sini mengalami banjir dipercayai berlaku pada Khamis berpunca daripada limpahan air kumbahan.

Kejadian itu mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengunjung dan peniaga di pusat beli-belah berkenaan.

Kata saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, air berwarna keruh dan berbau busuk mula melimpah dari saliran kumbahan sebelum merebak ke beberapa kedai berhampiran di tingkat tersebut.

"Seingat saya ini kejadian kali kedua selepas kejadian pertama pada 2021 namun ketika itu, negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan semua pusat beli-belah ditutup untuk orang ramai.

"Pihak pengurusan pusat beli-belah mengambil masa dua hari untuk mencuci kesemua air kotor di tingkat LG (lower ground) itu," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Menurut Nur, kejadian ini menjejaskan semua operasi perniagaan premis yang kebanyakan adalah premis menjual makanan.

"Ketika itu, sama juga seperti kejadian ini, semua premis terjejas.

"Memang bau busuk malah kelihatan najis di beberapa tempat termasuk di eskalator," katanya.

Sementara itu, Sinar Harian sedang berusaha untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak pengurusan pusat beli-belah tersebut.

Difahamkan, pihak pengurusan sedang giat menjalankan kerja-kerja pembersihan selain sedang menyiasat punca kejadian.