Pusat Kanser Sunway canggih, inovatif. Jadi pusat rawatan sehenti perkhidmatan palialtif dan sokongan

4 Feb 2024 • 9:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

TEKNOLOGI dalam bidang penjagaan kesihatan telah memberikan sumbangan yang ketara dalam meningkatkan jangkaan dan kualiti hidup bagi individu yang mengalami kanser.

Membicarakan soal kemajuan teknologi, Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC) baru-baru ini berjaya mengorak langkah dalam sektor perkhidmatan kesihatan di negara ini menerusi penubuhan Pusat Kanser Sunway yang serba canggih serta inovatif.

Penubuhan pusat kanser itu sekali gus meletakkan sasaran SMC untuk menjadi pusat kanser sehenti terkemuka dengan mengintegrasikan penjagaan paliatif dan rawatan sokongan sepanjang tempoh rawatan.

Sasaran tu dijelaskan Ketua Pegawai Eksekutif SMC, Dr Seow Vei Ken yang mana beliau menyifatkan, Pusat Kanser Sunway itu merupakan satu lagi penanda kecemerlangan pihaknya dalam kemajuan sektor perkhidmatan penjagaan kesihatan di negara ini.

image is not available

“Kami berbangga dengan adanya Pusat Kanser Sunway ini kerana ia membuktikan komitmen dalam memacu kecemerlangan dalam penjagaan kesihatan.

“Sebagai salah satu daripada 28 pusat kecemerlangan di SMC yang terkenal sebagai hub inovasi, Pusat ini menzahirkan tekad untuk menyediakan penjagaan holistik yang memfokuskan kepada pesakit.

“Wawasan kami adalah untuk memastikan hasil optimum melalui pendekatan yang mengintegrasikan kaedah rawatan, teknologi dan perkhidmatan sokongan terkini,” katanya dalam satu majlis meraikan Pusat Kanser Sunway, di sini baru-baru ini.

image is not available

Kemudahan

Pusat Kanser Sunway yang berkeluasan lebih 4,000 meter persegi itu memiliki bahagian perkhidmatan radioterapi terbesar merangkumi pusat kemoterapi harian, pusat pemindahan sumsum tulang serta bahagianperubatan nuklear.

Malah, pusat itu turut memiliki sub-kepakaran pelbagai bidang dengan kemahiran serta pengalaman yang luas dalam merawat kanser pepejal dan cecair termasuk tenaga-tenaga pakar dalam onkologi klinikal, hematologi dewasa dan pediatrik, pemindahan sumsum tulang serta perubatan nuklear.

Pusat tersebut juga telah mencapai kemajuan yang signifikan dalam pelan rawatan dan diagnostik dengan menyepadukan penggunaan mesin serta peralatan termaju dalam menyediakan pilihan rawatan lanjutan yang tepat.

image is not available

“Pusat Kanser ini bukan sekadar satu kemudahan biasa, ia merupakan satu anjakan paradigma dalam cara kita menangani kanser.

“Dengan pasukan pelbagai disiplin yang khusus, teknologi canggih dan pendekatan penjagaan menyeluruh, Pusat Kanser Sunway menetapkan piawaian baharu untuk rawatan kanser yang komprehensif,” jelas Vei Ken dengan optimis.image is not available

Penjagaan holistik

Mengenai teknologi, Pusat Kanser Sunway menggunakan kaedah rawatan dan penjagaan kanser terkini yang tepat seperti Varian TrueBeam dan Leksell Gamma Knife Icon. Malah, pusat ini menggunakan teknologi CT dos rendah dan imbasan PET/CT digital bagi diagnostik pesakit, selain menggunakan ProfIl Genomik Komprehensif (CGP) dan DNA Tumor Beredar (ctDNA).

Bagi memenuhi permintaan berterusan terhadap kapasiti pesakit yang semakin bertambah, Pusat Kanser Sunway turut mempunyai empat bunker yang merangkumi dua pemecut linear Varian, Leksell Gamma Knife ICON dan Tomoterapi.

Ia juga dilengkapi brachytherapy dan terapi radiasi intraoperatif (IORT) untuk menyokong pesakit yang menghidap pelbagai jenis kanser daripada biasa hingga yang jarang ditemui.

Sebagai tambahan, Pusat Perubatan Nuklear turut mempunyai dua teknologi pengimbas PET/CT dan satu SPECT-CT yang menyokong diagnosis dan memantau rawatan kanser menggunakan radio farmaseutikal.

image is not available

Rawatan dan program

Sementara itu, Pengurus Besar Pusat Kanser Sunway, Dr Heng Siew Ping berkata, kejayaan merawat kanser yang mencabar seperti Karsinoma Nasofarinks jelas menunjukkan komitmen pusat tersebut untuk terus meneroka segala kemungkinan dalam penjagaan kanser.

“Ujian klinikal dan penyelidikan yang berterusan serta dedikasi kami terhadap inovasi serta penjagaan peribadi telah banyak menyumbang kepada kemajuan dalam bidang ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Pusat Kanser Sunway melangkaui penjagaan kanser konvensional dengan memupuk sokongan emosi dan psikologi menerusi pelbagai penjagaan holistik serta inisiatif komuniti termasuk;

Program Rakan Kanser

.

Kerjasama dengan pasukan penjagaan kesihatan.

Mesyuarat lembaga tumor mingguan melibatkan kepakaran pelbagai disiplin merangkumi pakar bedah, perubatan, onkologi, radiologi dan patologi.

Ujian klinikal secara aktif untuk tujuan penambahbaikan rawatan kanser dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Nisbah pesakit kepada jururawat ditetapkan pada 1:5 dengan penglibatan pakar onkologi berpengalaman bagi memastikan penjagaan terbaik untuk pesakit.

Perkhidmatan sokongan dan penjagaan paliatif.

Akreditasi berprestij sebagai

Designated Centre of Integrated Oncology and Palliative Care

oleh Persatuan Perubatan Onkologi Eropah (ESMO) dari 2018 hingga 2024.

Menyokong dan mengutamakan pendekatan holistik dalam menyokong pendidikan kanser, pemeriksaan dan pengesanan awal melalui ceramah kesihatan awam.


image is not availableDalam pada itu
, Siew Ping turut memaklumkan Pusat Kanser Sunway bersedia menyokong pertumbuhan transformatif, mengembangkan perkhidmatan dan meningkatkan penjagaan pesakit.

Ini termasuk dengan penubuhan Klinik Kaunseling Genetik untuk ujian komprehensif dan kaunseling serta Klinik Kelangsungan Hidup.

Ia merupakan sokongan pasca rawatan yang tidak ternilai bagi menyokong transisi pusat kanser yang komprehensif.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang