Pusat Kesihatan Prima UNIMAS Dibuka 4 November, Tawar Perkhidmatan Kesihatan Untuk Orang Awam

3 Nov 2024 • 2:19 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pusat Kesihatan Prima UNIMAS mulai beroperasi 4 November 2024

Pusat Kesihatan Prima UNIMAS Dibuka 4 November, Tawar Perkhidmatan Kesihatan Untuk Orang Awam. Pusat Kesihatan Prima, Hospital Pengajar, dan Pusat Kesihatan Prima Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan mula menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada orang awam mulai 4 November 2024 (Isnin).

Inisiatif ini membolehkan masyarakat sekitar mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang lengkap dan berkualiti tinggi di UNIMAS.

image is not available
Pusat Kesihatan Prima UNIMAS Dibuka 4 November, Tawar Perkhidmatan Kesihatan Untuk Orang Awam. Sumber gambar: Facebook

Perlu membawa kad pengenalan

Orang awam yang ingin mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Prima perlu membawa kad pengenalan sebagai pengesahan identiti. Bagi penjawat awam pula, mereka dikehendaki membawa kad staf dan Guarantee Letter (GL) bercetak untuk memudahkan proses pendaftaran.

Pusat Kesihatan Prima ini akan beroperasi mengikut jadual berikut:

  • Isnin hingga Khamis: 8.00 pagi – 1.00 petang, 2.00 petang – 5.00 petang
  • Jumaat: 8.00 pagi – 11.45 pagi, 2.15 petang – 5.00 petang
  • Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup

image is not available

Dalam masa yang sama, pihak UNIMAS berharap pembukaan pusat kesihatan ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat dan memperkukuhkan lagi hubungan antara universiti dan komuniti sekeliling.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 082-582050/2051/2052 atau menghantar emel ke hpunimas@unimas.my.

Lagi berita menarik untuk anda di sini: