Pusat Khidmat Teratai tawar khidmat nasihat guaman percuma

LocalPolitics
21 Aug 2024 • 1:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jew Haur

AMPANG - Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai menawarkan khidmat nasihat guaman percuma kepada rakyat bermula bulan depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Yew Jia Haur berkata, kemudahan itu akan diadakan sebulan sekali pada setiap Sabtu minggu pertama antara jam 10 pagi hingga 1 petang.

Menurutnya, khidmat guaman itu meliputi sebarang pertanyaan pelbagai kes termasuk perjanjian jual beli dan pinjaman, perjanjian perkongsian perniagaan dan tukar hak milik tanah.

"Semasa menganjurkan seminar undang-undang, saya mendapati kaunter perkhidmatan diserbu orang ramai. Ini menunjukkan khidmat nasihat guaman ini merupakan satu keperluan.

"Mengambil kira aspek itu, Pusat Khidmat DUN Teratai memgambil inisiatif menyediakan khidmat ini bagi rakyat yang memerlukan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Katanya, kemudahan itu dibuka kepada semua khususnya penduduk DUN Teratai yang boleh datang terus ke pejabat bagi urusan tersebut.

"Jika mendapatkan khidmat luar kosnya boleh mencecah RM500 hingga RM1,000 bergantung yang cajnya bergantung kepada kes.

"Bagaimanapun, khidmat yang diberikan ini adalah percuma kerana mendapat kerjasama daripada peguam sukarela bagi membantu mereka yang hadapi masalah undang-undang tapi tak tahu prosesnya," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved