Pusat Latihan Pendakian Aras Tinggi bakal dibuka Oktober

7 Jun 2024 • 3:55 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Stefyanie Myla Michael

Kundasang: Pusat Latihan Pendakian Aras Tinggi (PLPAT) di Malaysia bakal dibuka pada Oktober tahun ini di Gunung Kinabalu, kata Pengarah Taman-Taman Sabah (TTS), Dr Maklarin Lakim, di sini, Rabu lepas.

Berucap semasa Majlis Memperingati Mangsa Tragedi Gempa Bumi Gunung Kinabalu 2015 di Kiau Gap View di Taman Kinabalu, di sini, Maklarin berkata selain PLPAT, Asrama Layang-Layang kini dalam pembinaan dan peralatan teknikal sedang disediakan untuk penyiapannya.

“PLPAT dan Asrama Layang-Layang dijangka siap serentak pada Oktober. Saya berharap sasaran ini dapat dicapai kerana pada asalnya, pelancaran tersebut dijadualkan untuk pagi ini.

“Pelancaran ditangguhkan disebabkan kekangan dihadapi, termasuk penyiapan bangunan oleh kontraktor, di samping pembelian peralatan teknikal untuk pendakian serta pemasangannya di puncak gunung,” katanya.

View Original Article