Pusat Mengundi Di Kawasan Mudah Banjir? Fahmi Fadzil Bingung Keputusan SPR

Politics
12 Nov 2022 • 10:29 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Fahmi Fadzil di satu sesi ceramah di Kota Damansara - Gambar Wartawan The Vibes

KOTA DAMANSARA - Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memilih sebuah padang yang sering dilanda banjir di Lembah Pantai sebagai pusat pengundian amat membingungkan.

Penyandang kerusi Parlimen Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil berkata, beliau sudah membangkitkan perkara itu kepada SPR.

“Bukan setakat satu, tapi ada dua pusat pengundian yang terletak di padang bola Kampung Pasir,” kata Fahmi, dalam sesi ceramah di sini malam ini.

“Apabila saya bertanya kepada SPR, mereka menyuruh saya jangan bimbang kerana akan meletakkan papan kayu sebagai platform dan khemah.

“Tidakkah mereka sedar semua itu akan hanyut jika banjir?”

Fahmi menarik perhatian, pusat pengundian itu sekiranya dilanda banjir, bukan sahaja akan mengancam nyawa pengundi, tetapi turut mengecewakan mereka jika gagal menunaikan tanggungjawab berkenaan.

Fahmi berada di ceramah berkenaan sebagai menyokong calon Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan yang berharap mampu meneruskan penguasaan PKR di kerusi tersebut sejak dimenangi pada 2008.

Hampir 10,000 pemilih dijangka membuang undi masing-masing di kedua-dua pusat berkenaan, yang memiliki 15 saluran. - The Vibes, 12 November 2022