Pusat pemindahan kekal bencana bakal diwujud segera di sembilan negeri

28 Nov 2023 • 11:28 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 28 NOV: Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) akan diwujudkan segera, dengan projek rintis dimulakan di sembilan negeri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata PPKB itu melibatkan kos siling RM5 juta bagi setiap pusat dan bakal menjadi satu kemudahan perlindungan mangsa banjir yang lebih baik berbanding pusat pemindahan sementara (PPS).

“Kita hadapi banjir setiap tahun, tak munasabah hanya jadikan PPS sahaja, sebab itu kerajaan putuskan untuk segera ditubuhkan PPKB.

“Jadi pusat ini mungkin juga boleh jadi pusat aktiviti komuniti (di luar musim banjir) tetapi dengan satu persiapan (hadapi banjir) agar ia lebih baik,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) sama ada kerajaan ada perancangan dan tindakan untuk menambah baik kemudahan asas PPS di seluruh negara.

-BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved