Pusat Sains Negara Kini Tawarkan Tiket Masuk Percuma Untuk Mereka Yang Lengkapkan Modul Pembelajaran AI.gov.my

TechnologyDigital
1 Apr 2024 • 9:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada awal tahun 2024 ini, kerajaan telah perkenalkan inisiatif ‘AI untuk Rakyat”, dimana melaluinya sebuah program pembelajaran kendiri percuma disediakan untuk mempelajari pelbagai perkara berkaitan asas kecerdasan buatan.

Kini, lanjutan daripadanya, pihak Pusat Sains Negara mula menawarkan tiket masuk percuma bagi mereka-mereka yang telah menyelesaikan dua modul pada “AI untuk Rakyat” berkenaan.

image is not available

Anda hanya perlu melengkapkan modul Kesedaran AI dan juga Hargai AI pada program pembelajaran berkenaan, dan seterusnya memperlihatkan lencana digital AI untuk Rakyat di kaunter tiket untuk mendapatkan tiket masuk percuma ke Pusat Sains Negara.

Pusat Sains Negara menawarkan penebusan ini dari 1 April 2024 hingga 31 Disember 2024 ini. Dan kemasukan percuma adalah hanya terhad untuk kunjungan kali pertama sahaja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved