Pusat Sejadi Madai jadi tumpuan penggemar aktiviti cerap burung

30 Jan 2024 • 2:26 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUNAK: Pusat Sejadi Madai di Hutan Simpan Madai Baturong adalah antara lokasi tumpuan bagi mereka yang menggemari aktiviti pencerapan burung, khususnya kerana kawasan ini dikenal pasti sebagai habitat lapan spesies burung enggang (Hornbill) Borneo.

Pengerusi Koperasi Komuniti Pelancongan dan Kebudayaan Madai Berhad (Kokom), Azmil Pillantong berkata berdasarkan pemerhatian sebelum ini terdapat sekurang-kurangnya lapan spesies burung enggang yang mendiami kawasan hutan tersebut.

“Antara spesies ini termasuk; Helmeted Hornbill, Rhinoceros Hornbill, Bushy-Crested, White-Crowned, Wrinkled Hornbill, Wreathed Hornbill, Asian Black Hornbill dan Oriental Pied Hornbill.

“Bagi mereka yang meminati aktiviti pencerapan atau pemerhatian burung, kawasan ini sangat signifikan, boleh dikatakan dapatan itu tinggi,” katanya ketika ditemui Daily Express baru-baru ini.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved