Pusat sembelih ayam kotor di Sandakan diarah tutup

19 Aug 2022 • 3:46 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Sebuah pusat penyembelihan ayam di sini diarah tutup selepas pemeriksaan yang dijalankan Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan (PKKS) menerusi operasi bersepadu yang dijalankan bersama pegawai dari Unit Inspektorat dan Perundangan Daerah Sandakan serta Unit Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan PKKS Sandakan.

Penutupan selama 14 hari itu dibuat berikutan pihak premis berkenaan gagal memastikan kawasan persekitarannya bersih dari segala binatang pembawa penyakit seperti tikus di mana semasa pemeriksaan dibuat, didapati ada najis tikus di tempat yang tidak digunakan di premis itu selain terdapat jentik-jentik aktif dan juga tikus mati berhampiran premis.

Sebuah lagi premis penyembelihan dan pemprosesan ayam mentah di sini dikompaun kerana gagal mematuhi peraturan akta makanan.