Pusat Servis Kereta Turunkan Notis Kod Pakaian Lepas Kena Kecam

9 Aug 2023 • 11:15 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini, Pusat Servis Perodua 1 di Semambu, Kuantan dikecam teruk gara-gara meletakkan notis mengenai etika pakaian yang perlu diikuti pelanggan.

Antara pakaian yang dilarang adalah baju tanpa lengan, skirt pendek paras lutut, seluar pendek dan jeans koyak.

Notis etika pakaian pelanggan diturunkan

Ramai mempertikaikan notis etika pakaian itu memandangkan pusat servis bukanlah pejabat kerajaan. Seorang pengguna Facebook berkata, perkara ini secara tak langsung akan menakutkan pelabur automatif asing yang ingin membuka pejabat di Malaysia.

image is not available

Perhatian! Semua pelanggan yang berurusan di Perodua Servis Kuantan 1, Semambu adalah dipohon untuk berpakaian sopan dan bersesuaian.

Memetik laporan Malaysia Kini, pengurus perkhidmatan pusat servis itu telah menurunkan notis untuk mengelakkan salah faham.

Keputusan itu dibuat selepas pihaknya berbincang dengan ibu pejabat. Jelasnya lagi, notis adalah satu galakan dan tidak diwajibkan.

Pihaknya juga akan memberikan perkhidmatan seperti biasa tanpa ambil kira pakaian pelanggan selepas ini.

Kredit: Malaysia Kini | Facebook Reza Putra Carlos

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.