Pusat Tuisyen Rakyat parlimen Kalabakan akan diperluas

8 Jan 2024 • 2:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Inisiatif Pusat Tuisyen Rakyat (PTR) parlimen Kalabakan yang dilaksanakan bermula tahun lepas akan diperkemaskan bagi membolehkan program itu diperluaskan ke kawasan pedalaman lain, tahun ini.

Ahli Parlimen Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, projek perintis program itu (PTR 1.0) pada tahun lepas mendapat sambutan sangat menggalakkan, malah menerima banyak permintaan daripada pelajar golongan B40.

Justeru itu, katanya, pihaknya akan cuba meningkatkan jumlah pelajar PTR 2.0 mengikut situasi semasa dalam usaha melahirkan modal insan cemerlang, khususnya anak-anak muda di kaw Kalabakan.

Menurutnya, PTR merupakan langkah proaktif diambil Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kalabakan yang antara lain memberikan tuisyen percuma kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam kalangan B40 bagi membantu mereka memperoleh keputusan cemerlang.

SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more Beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah bercakap kepada pemberita selepas merasmikan PTR Empowering Camp 2.0 2024 Parlimen Kalabakan di Dewan Kuliah Institut Sains Pengurusan (ISM Tawau) di sini, Sabtu. Hadir sama, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Tawau Matnoor Sima dan Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Kalabakan, Saripudin Nuhalim.

Kem itu disertai 300 calon SPM daripada SMK Kalabakan, SMK Umas-Umas, SMK Wallace Bay dan SMK Abaka.

Mengulas program itu, Andi percaya penganjurannya berjaya meningkatkan momentum semangat ingin berjaya dalam kalangan para pesertanya sebelum menduduki SPM pada bulan ini.

“Jangan jadikan belajar di sekolah luar bandar sebagai alasan untuk tidak cemerlang dalam akademik. “Kita tahu pelajar luar bandar diakui berdepan banyak kekurangan berbanding sekolah di bandar, misalnya peralatan sekolah dan sebagainya, namun, jadikan kekurangan itu sebagai pemangkin untuk mendapat keputusan cemerlang.

“Buat yang terbaik dalam SPM dan beri hadiah membanggakan (keputusan cemerlang) buat ibu bapa... Peperiksaan inilah yang akan menentukan di mana kalian berada pada lima, 10 atau 15 tahun akan datang,” katanya lagi.

Beliau juga mahu agar keputusan peperiksaan SPM di sekolah-sekolah dalam Parlimen Kalabakan akan lebih cemerlang tahun ini, sekali gus mampu bersaing dengan sekolah di bandar.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.