Pusingan P Gelap Di Jalan Bintulu Miri, Tular Perilaku Vandalisme Di Jalan Pan Borneo

9 May 2023 • 3:18 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pemandu diminta berhati-hati menggunakan jalan tersebut

Pusingan P Gelap Di Jalan Bintulu Miri, Tular Perilaku Vandalisme Di Jalan Pan Borneo. Salah satu kejadian vandalisme berlaku di Persimpangan Pusingan P (P Turn) di Seksyen Bakun WPC10 Lebuhraya Pan Borneo Sarawak malam tadi.

Keadaan jalan yang gelap menyebabkan penglihatan pemandu menjadi terhad dan mempengaruhi keselamatan dalam pemanduan terutamanya pada waktu malam.

image is not available
Sumber: FB Borneo Network

Ini merupakan perbuatan vandalisme oleh individu yang tidak bertanggungjawab

Jalan yang gelap juga dapat menyebabkan masalah dalam menilai jarak dan kecepatan kenderaan lain, yang dapat menyebabkan kemalangan yang serius.

Namun, baru-baru ini telah tular di laman sosial di mana pengguna jalan raya kongsi gambar keadaan di jalan Pan Borneo di Bintulu Miri ini agak gelap. Difahamkan bahawa gambar yang diambil tersebut pada jam 9.30 malam.

Menurut kongsian tersebut, kawasan tersebut gelap kerana terdapat perilaku vandalisme oleh individu yang tidak bertanggungjawab merosakkan kotak suis

image is not available
Pusingan P Gelap Di Jalan Bintulu Miri, Tular Perilaku Vandalisme Di Jalan Pan Borneo

Segera laporkan kepada pihak berkuasa

Luah pemandu itu juga, kawasan ini merupakan kawasan yang berbukit dan selekoh, yang menyulitkan pemanduan pada waktu malam.

Beliau turut menyeru untuk pemandu lain untuk segera melaporkan kepada pihak berkuasa apabila melihat perilaku vandlisme di kawasan tersebut. Diminta pemandu yang menggunakan jalan itu berhati-hati untuk menggunakan jalan tersebut.

image is not available

Ketahui juga cara untuk menggunakan pusing P dengan selamat di Pan Borneo. Baca pautan di bawah: