Puspakom Beroperasi 24 Jam Mulai Januari Tahun Depan

LocalCars
5 Sep 2026 • 7:15 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Puspakom Beroperasi 24 Jam Mulai Januari Tahun Depan

KLANG, 5 Sept (Bernama) -- Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) akan memanjangkan tempoh operasi sedia ada kepada 24 jam bermula Januari 2027 bagi memberi peluang kepada orang ramai membuat pemeriksaan kenderaan dengan lebih selesa.

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Mahmood Razak Bahman berkata inisiatif itu akan dilaksanakan bergantung kepada hasil sambutan terhadap lanjutan tempoh operasi tujuh hari seminggu bermula November ini termasuk kesediaan tenaga kerja yang mencukupi.

"Kita telah menyantuni Kesatuan Pekerja-Pekerja Perdagangan Kebangsaan (NUCW) dan Kesatuan Sekerja Kakitangan Puspakom untuk mendapatkan reaksi terhadap konsep yang menjadikan waktu kerja lebih munasabah, iaitu lapan ke 10 jam sehari berbanding 12 jam ketika ini diikuti hari rehat selama dua hari seminggu berbanding lazimnya satu hari.

"Bagi operasi 24 jam pula, ia disasarkan untuk dilaksanakan mulai Januari tahun hadapan bergantung kepada sambutan orang ramai terhadap operasi tujuh hari serta kesediaan tenaga kerja dan kapasiti operasi," katanya kepada Bernama selepas melancarkan GiCheck Auto Weekend 2026 di pekarangan sebuah pusat beli-belah di sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha (Bahagian Darat) Kementerian Pengangkutan Datuk Mohamed Irwan Mansor dan Ketua Pegawai Operasi Puspakom Dr Ahmad Zahiri Ismail.

Dalam pada itu, Mahmood berkata pihaknya turut mengetengahkan beberapa pembaharuan lain termasuk pelancaran anugerah pengiktirafan wira komuniti dan perluasan perkhidmatan pemeriksaan terus ke lokasi pelanggan.

Katanya, langkah berkenaan merangkumi pengenalan Puspakom Towering Malaysian Awards serta pemerkasaan perkhidmatan pemeriksaan di lokasi pelanggan bagi memudahkan urusan pemilik kenderaan.

Baca juga:

"Program anugerah baharu itu diwujudkan khusus untuk menghargai individu yang membawa perubahan positif kepada masyarakat mahupun alam sekitar walaupun sumbangan mereka jarang mendapat perhatian umum.

"Inisiatif pengiktirafan ini sedang dibangunkan bersama rakan strategik serta agensi media terpilih sebelum perincian lanjut diumumkan tidak lama lagi," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata inisiatif pemodenan itu turut didukung penganjuran pelbagai aktiviti interaktif yang membawa mesej keselamatan secara fizikal dan praktikal kepada pelbagai lapisan masyarakat antaranya GiCheck Auto Weekend 2026.

Beliau berkata, langkah itu dijangka mempertingkatkan kecekapan pengoperasian Puspakom secara menyeluruh di samping merapatkan hubungan antara agensi pemeriksaan tersebut dengan komuniti setempat.

GiCheck Auto Weekend 2026 yang julung-julung kali diadakan turut menampilkan pelbagai demonstrasi teknikal, ujian tali pinggang keledar serta pameran teknologi Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) bertemakan Driving Safer Roads Together bersempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved