Puspakom Hanya Ikut Prosedur JPJ - Puspakom

LocalCars
17 Feb 2025 • 7:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) mengakui bahawa pihaknya tiada kuasa untuk mengubah mana-mana kaedah atau syarat pemeriksaan kenderaan.

Ini kerana semua operasi pemeriksaan dijalankan mengikut kaedah dan prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Kami tidak mempunyai kuasa untuk mengubah kaedah yang ditetapkan. Walaupun perkara itu mungkin dianggap bukan berkaitan keselamatan, kami perlu memastikan pemeriksaan dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

"Jika tidak, kami boleh didenda oleh JPJ," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian selepas Setiausaha Persatuan Lori Sibu Augustine Paat mendedahkan pihaknya telah menerima banyak aduan mengenai mutu pemeriksaan yang dilaksanakan di PUSPAKOM.

image is not available

Beliau menyatakan, pemilik atau pengusaha lori diwajibkan menjalani pemeriksaan setiap enam bulan untuk mendapatkan permit operasi, di mana lori-lori tersebut akan diuji bagi memastikan aspek keselamatan seperti brek, tayar dan lampu berfungsi dengan baik.

Salah satu contoh yang diberi adalah apabila pelekat mengenai berat muatan di sisi lori yang sudah pudar, turut menjadi sebab pemeriksaan gagal.

"Pelekat ini tidak berkaitan dengan aspek keselamatan di atas jalan. Sebaliknya, komponen yang lebih penting seperti brek, lampu isyarat, tayar dan sebagainya, itulah yang wajar diberi perhatian," katanya.

Untuk itu, beliau berharap agar PUSPAKOM menjalankan pemeriksaan dengan lebih profesional, hanya memfokuskan kepada aspek keselamatan yang relevan dan mengelakkan isu-isu yang tidak berkaitan dengan keselamatan jalan raya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved