Puspakom: Operasi Puspakom Di Wangsa Maju Dilanjut Sehingga 30 Jun 2026

11 Mar 2025 • 5:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kementerian Pengangkutan (MOT) melanjutkan tempoh pengoperasian Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) Wangsa Maju setahun lagi.

Seperti mana yang diketahui umum, PUSPAKOM Wangsa Maju sebelum ini dilaporkan akan menutup pengoperasiannya dan akan beralih ke Bukit Beruntung bermula Jun ini.

image is not available

Sebaliknya, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke,berkata, kemudahan di Bukit Beruntung belum tersedia dan pihaknya mengambil keputusan melanjutkan operasi di Wangsa Maju.

"Cawangan PUSPAKOM di sana belum siap jadi kita setuju untuk lanjutkan sehingga 30 Jun tahun depan.

"Mungkin selepas ada beberapa tempat lain yang boleh membuat pemeriksaan kenderaan dan di sini (Wangsa Maju) tidak ada keperluan lagi, baru kita pindahkan cawangan ini seperti dipersetujui," katanya.