
Kota Kinabalu: Pengerusi Puspanita Sabah, Datuk Dr Nuinda Alias berkata Puspanita akan fokus kepada program kemanusiaan dan kebajikan khasnya sepanjang Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Katanya, itu termasuk memberikan bantuan dan mengadakan aktiviti keagamaan untuk ahli-ahli Puspanita.
Advertisement“Lebih spesifik lagi, untuk Ramadan ini, kita di Puspanita Sabah akan terus melakukan program-program bersama ahli-ahli kita dan fokus kita adalah aktiviti kemanusiaan, kebajikan dan kita selitkan juga aktiviti keagamaan.
“Ini bertujuan untuk mengimarahkan lagi sambutan bulan mulia Ramadan al-Mubarak,” katanya.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-42 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Isnin.
