Puspen RM8.5 juta untuk keperluan Pantai Timur

15 May 2024 • 3:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

TAWAU: Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato Hj Abdul Halim Abdul Rahman menggesa semua pihak menghapuskan stigma negatif terhadap pembinaan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di kawasan ini.

Beliau berkata penubuhannya bertujuan bagi memberi rawatan dan pemulihan kepada mereka yang terlibat dalam kancah itu.

“Dalam erti kata lain, peluang kedua kepada mereka yang buntu untuk kembali kepada keluarga dan masyarakat,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Tapak Projek Pembinaan Puspen di Batu 36.

Majlis itu diadakan dengan kerjasama KDN, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Katanya, kerja awal pembinaan Puspen dan Pusat Tahanan Reman (PTR) Tawau itu telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, Pelan Pusingan - 4 bagi 2024.

JKR Sabah dilantik sebagai agensi pelaksana projek ini dengan kos siling keseluruhan RM8.5 juta.

Tapak bagi projek pembinaan Puspen Tawau itu menerima pewartaan daripada Kerajaan Negeri Sabah pada 14 Mac 2024.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada JTU Sabah dan JTU Tawau sebagai jabatan yang sentiasa memberi kerjasama kepada KDN dan AADK dalam memastikan proses pengukuran tanah selesai secepat mungkin.

“Saya berharap pada masa akan datang, apabila kerja-kerja awal ini telah siap, kerja-kerja pembinaan Puspen Tawau dapat diteruskan agar perkhidmatan terbaik khususnya pelaksanaan program rawatan dan pemulihan di institusi (RPDI) bagi mereka yang mempunyai masalah dadah dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Tambahnya, memandangkan AADK sudah lama beroperasi di Pantai Timur Sabah khususnya di Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan sekitarnya, mereka terpaksa mengambil masa lebih 10 jam untuk ke Puspen dan PTR Papar bagi mendapatkan perkhidmatan atau menjalani program RPDI.

“Ini kerana kemudahan itu hanya terdapat di Papar untuk seluruh Sabah.

“Melihat kepada kekangan tersebut, KDN melalui AADK komited untuk menyediakan kemudahan tambahan dengan membina kedua-dua kemudahan ini secara serentak agar AADK dapat memberikan perkhidmatannya kepada penduduk sekitar Pantai Timur Sabah.

“Kemudahan ini akan memberi manfaat warga AADK dan penduduk sekitar Pantai Timur amnya,” katanya.

Tambah Abdul Halim, model rawatan dan pemulihan yang dijalankan oleh AADK melalui Model i-Pulih AADK turut mengguna pakai modul sokongan sosial terutamanya daripada sistem kumpulan sokongan terdekat seperti ibu bapa, suami atau isteri, ahli keluarga dan saudara-mara sebagai penyumbang kepada pemeliharaan pemulihan sepanjang hayat.

“Dengan adanya kemudahan ini, saya yakin golongan tertentu yang memerlukan perkhidmatan ini akan lebih mudah untuk mendapatkan rawatan dan pemulihan serta dapat menunjukkan sokongan terutama ketika sesi lawatan keluarga yang merupakan rawatan terapeutik kepada pelanggan AADK,” jelasnya.

Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang banyak membantu KDN dan AADK dalam memastikan proses pewartaan tanah selesai dalam masa singkat.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri III Sabah dan Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah dan Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, Ahli Parlimen Tawau Datuk Lo Su Fui, Adun Balung Datuk Hamidd @ Hamid Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK Shobah Jamil, dan Presiden Majlis Perbandaran Tawau Pang Pick Lim @ Joseph.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article