
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tindakan menunjukkan alat sulit atau kemaluan di tempat awam merupakan perbuatan yang tidak senonoh serta boleh dikenakan tindakan undang-undang. Namun masih ada pelaku yang tidak mengambil iktibar sebaliknya dengan berani melakukan hal terkutuk itu secara terang-terangan.
Pustakawan wanita berdepan detik cemas, lelaki tunjuk kemaluan
Terbaharu seorang wanita yang bekerja sebagai pembantu pustakawan di Perpustakaan Desa Padang Siding, Arau, Perlis telah berdepan detik mencemaskan apabila terdapat seorang lelaki yang didakwa menunjukkan alat sulitnya sewaktu dia sedang bekerja pada 12 Ogos lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi pihak polis telah menerima laporan berhubung insiden terbabit pada 12.06 tengah hari.
Katanya, dalam insiden yang berlaku sekitar jam 11 pagi itu wanita yang berusia 37 tahun berkenaan ketika itu sedang berada di kaunter perpustakaan. Kemudian datang lelaki terbabit yang masuk serta duduk di bahagian sofa berdekatan dengan kaunternya bertugas.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Polis Cari Lelaki Tunjuk Alat Sulit Pada Pelajar Sekolah Tingkatan Tiga
Lelaki keluarkan alat sulit dan usap ketika duduk di sofa
“Suspek telah masuk ke dalam perpustakaan tersebut dan duduk bersandar di sofa bersebelahan dengan kaunter tempat pengadu bertugas.
“Suspek dan pengadu sempat berbual sebelum pengadu sedari yang suspek ketika sedang bersandar telah mengeluarkan alat kemaluannya dan mengusap.
“Panik ekoran kejelikan tersebut, pengadu bertindak keluar daripada perpustakaan dan meminta bantuan rakannya yang juga saksi dan bekerja di Tadika Kemas Padang Siding untuk menghalau suspek,” jelasnya, lapor Sinar Harian.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Usia 54 Tahun Ditahan Polis Selepas Tunjuk Kemaluan Pada 2 Pelajar Perempuan
Mangsa dan saksi arah mangsa keluar dari perpustakaan, wang tunai RM390 dalam beg turut hilang
Mangsa dan saksi kemudiannya datang semula ke perpustakaan tersebut dan mendapati suspek masih lagi berada di tempat berkenaan sebelum mengarahkannya untuk beredar dari kawasan tersebut.
Ujar Ahmad Mohsin lagi, selepas suspek keluar, wanita itu kemudiannya menyedari wang tunai bernilai RM390 hilang selepas membuat pemeriksaan pada beg serta dompet miliknya yang diletak di bawah kaunter terbabit.
Wanita terbabit mengesyaki wang tunai itu mungkin diambil lelaki tersebut.
Lelaki itu disyaki ambil duit ketika mangsa dapatkan bantuan, perbuatan mengusap alat kemaluan turut dilihat oleh saksi
“Mangsa mengesyaki wang berkenaan diambil lelaki terbabit ketika di keluar mendapatkan bantuan.
“Saksi yang berada di lokasi turut mendakwa melihat lelaki berkenaan melakukan perbuatan mengusap kemaluan sebelum dia bersama mangsa menghalaunya keluar dair perpustakaan.”
Menurut beliau lagi, individu yang belum dikenal pasti itu dilaporkan berpakaian serba hitam dan memakai seluar pendek sewaktu menunggang motosikal jenis Y15ZR warna kelabu.
Jelasnya lagi, siasatan awal dilakukan mendapati perpustakaan tersebut terletak di dalam kawasan Masjid Al-Masyoor Padang Siding serta Tadika Kemas Padang Siding yang terbuka untuk orang ramai.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Ingatkan Pelanggan Biasa, Rupanya..” – Tular Lelaki Tayang Alat Sulit Dalam Kedai Kosmetik
Kes disiasat mengikut dua seksyen
“Polis sudah menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian termasuk mengambil gambar serta melakar rajah kasar lokasi.
“Rakaman percakapan mangsa dan saksi turut diambil bagi membantu siasatan, manakala suspek masih dikesan,” jelasnya.
Kes kemudiannya disiasat di bawah Seksyen 380 dan 509 Kanun Keseksaan.

