Putatan perlu tambahan Program Perumahan Rakyat

21 Jul 2024 • 2:16 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Aishah Abdullah

PUTATAN: Penduduk di sini amat mengalu-alukan rumah kediaman di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) ditambah di kawasan daerah tersebut disebabkan dua PPR sedia ada telah penuh.

Ahli Parlimen Putatan Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, setakat ini daerah ini mempunyai dua PPR iaitu PPR Taman Sri Serigai dan PPR Taman Sri Keramat di Kampung Ketiau, dan kedua-duanya sudahpun penuh.

“Jadi saya selaku wakil rakyat setiap hari mendapat permohonan rayuan daripada rakyat yang memerlukan rumah PPR, justeru itu, jalan penyelesaiannya adalah untuk mendapatkan PPR yang baharu,” katanya.