Putera Mahkota Mohammed terima menghadap PM Anwar

Politics
21 Oct 2023 • 9:53 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

RIYADH - Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Al-Yamamah di sini pada Sabtu.

Pertemuan rasmi empat mata itu adalah atas jemputan peribadi baginda kepada Anwar, selepas Arab Saudi menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di ibu negara ini pada Jumaat.

Putera Mahkota Mohammed dan Anwar membincangkan mengenai perang Palestin dan Israel yang berlanjutan sehingga kini setelah tercetus semula pada 7 Oktober.

Pada sidang kemuncak itu, Putera Mahkota dan Anwar senada dalam membangkitkan kebimbangan mereka berhubung kezaliman dan penindasan Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza.

Pada pertemuan hari ini, kedua-dua pemimpin berkenaan turut membincangkan beberapa isu berkaitan kepentingan bersama termasuk peluang pembangunan kedua-dua negara.

Selain menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-GCC,  lawatan kerja dua hari Anwar yang juga Menteri Kewangan menyaksi beliau meneruskan perbincangan bagi mempertingkatkan hubungan dua hala serta ekonomi antara Malaysia dan Arab Saudi.

Pada 5 Oktober lepas, Anwar menerima panggilan telefon daripada Putera Mahkota Mohammed yang menjemput beliau untuk mengadakan lawatan ke Arab Saudi. - 21 Oktober, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved