Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD Gara-Gara Trauma Dengan Peristiwa Lalu

8 Sep 2022 • 12:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, tular di rata-rata media sosial mengenai pendedahan yang dilakukan oleh pelakon remaja, Puteri Balqis mengenai bapa kandungnya, Azizi Aziz yang didakwa melakukan serangan seksual terhadap dirinya sejak berusia 6 tahun serta ibunya, Norashikin Mohd Aziz.

Susulan itu, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish bersama ibunya telah dibawa berjumpa dengan pakar psikiatri di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, semalam.

Difahamkan, kedua-dua mereka bermalam di wad hospital berkenaan selepas berjumpa dengan pakar psikiatri masing-masing.

image is not available

Malah, menurut laporan Boom, kedua-dua mereka disahkan menghadapi gangguan dan tekanan selepas trauma atau Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD).

Selepas laporan polis dibuat atas nasihat peguam Aqish dan ibunya dibawa ke hospital untuk berjumpa pakar psikiatri.

image is not available

Tujuannya adalah untuk membuktikan apa yang dikatakan oleh Aqish itu benar dan penderaan mental yang dialaminya juga benar-benar berlaku.

Kita pun tidak mahu orang menuduh dia meraih simpati atau mereka-reka cerita. Jadi, dia ke hospital bersama dengan polis.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Setiap Komen Dibuat Kena Tanggung" - Peguam Kata Kes Cabul Puteri Balqis Akan Jadi Rumit