Puteri Sarah Berangkat Ke Tanah Suci Bersama Anak-Anak Tapi Syamsul Yusof…

Entertainment
26 Jan 2023 • 11:07 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pelakon kontroversi, Puteri Sarah Liyana dilihat meminta orang ramai untuk mendoakan keselamatan dirinya bersama dua orang anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah yang akan berangkat ke Tanah Suci Makkah.

Perkara itu dikongsi Puteri Sarah di Instagram yang bakal mengerjakan ibadah umrah buat kali kedua. Dia turut ditemani ibu, ayah dan keluarga yang dilihat dalam gambar ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

image is not available

Doakan Sarah dan anak-anak ya. – Tulisnya ringkas.

Kelibat Syamsul Yusof tiada di KLIA…

Meninjau perkongsian Puteri Sarah di Instagram Story, tidak nampak kelibat suaminya, Syamsul Yusof. Samaada Syamsul sempat jumpa anak-anak atau tidak sebelum ini tidak dapat dipastikan lagi.

Bagaiamanpun, pada Mac ini Syamsul perlu hadir ke Mahkamah Syariah untuk bersetuju atau tidak setuju melafazkan talak cerai selepas Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media