Puteri Sarah Beraya Bersama Mentua, Farid Kamil Bawa Anak Sulung Ke Kedah, Shuib Sedondon Bersama Watie

24 Apr 2023 • 10:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kisah Puteri Sarah, Farid Kamil dan Shuib sentiasa menjadi buruan netizen di media sosial walau sedang sibuk berhari raya. - Gambar Instagram

Berlalulah sudah Syawal pertama yang disambut oleh seluruh umat Islam di Malaysia dan Nusantara pada Sabtu lalu.

Seperti biasa, sambil menjamah ketupat, rendang dan kuih raya, mata dan jari pasti tertumpu kepada telefon pintar untuk melihat 'update' terkini di media sosial.

Seperti yang diberitahu oleh Puteri Sarah Liyana sebelum ini, dia akan beraya bersama keluarga mertuanya pada 1 Syawal. 

Puteri Sarah sempat berkongsi foto kenangan hari rayanya bersama ibu dan bapa mentuanya. Ramai netizen yang sebak melihat gambar mereka. Namun tidak kurang juga ada netizen yang mempersoalkan kenapa dia tidak beraya bersama ibu dan bapa kandungannya. Sempat lagi netizen 'membawang' di hari mulia ya.

Pelakon dan pengarah kontroversi yang juga sedang berhadapan dengan kes penceraian iaitu Farid Kamil dilihat telah beraya di kampung halamannya di Alor Setar Kedah bersama anak sulungnya iaitu Muhammad. Farid telah berkongsi gambarnya sekeluarga menyambut Syawal. Turut kelihatan, Yana Samsuddin dan suami Fadzil Zahari. 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Farid Kamil (@faridkamilz)

Buat pertama kalinya pelawak dan penyampai radio Suria, Shuib telah berkongsi gambarnya bersama kekasih hati iaitu Watie di Instagram. Shuib dan Watie memakai pakai yang berwarna sedondon bersama anak-anaknya. 

Watie juga dilihat tidak kekok mendukung putera bongsu Shuib iaitu Ayash Affan. Mereka berdua juga dikhabarkan akan disatukan pada Jun nanti. Semoga semua urusan mendirikan masjid dipermudahkan. 

Di bulan yang mulia ini, semoga pintu kemaafan sentiasa terbuka di hati kita semua agar dapat melupakan semua sengketa lama dan mulakan hidup baru tanpa ada dendam dan lara. - Getaran, 24 April 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved