Puteri Sarah Gelak Sampai Jatuh Kerusi Baca Tuduhan Nusyuz Syamsul Yusof

20 Apr 2023 • 1:41 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
puteri sarah

Kontroversi rumah tangga pasangan selebriti, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana nampaknya belum menemui titik penyelesaian apabila prosiding lafaz talak pada 18 April lalu tak berjaya.

Terdahulu, Syamsul telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya mendakwa Puteri Sarah sering menghubungi bekas kekasihnya yang berstatus suami orang tanpa pengetahuan beliau sehingga mengganggu rumah tangga lelaki itu.

Puteri Sarah gelak macam baca novel komedi

Dalam perkembangan terkini kes itu, Puteri Sarah menerusi perkongsian di Instagram Story tergelak sampai jatuh kerusi membaca 44 muka surat tuduhan nusyuz yang dilemparkan kepadanya.

image is not available

Kata Puteri Sarah, dia mempunyai bukti untuk mempertahankan diri. Malah, ibu mentuanya sendiri mahu menjadi saksi.

Aduh, apa yang kelakar sangat tu ya?

Kredit: Instagram Puteri Sarah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.