Puteri Sarah hadiahkan ibu bapa kereta baharu – “Saya harap kalian gembira..”

LocalEntertainment
20 Sep 2024 • 4:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Puteri Sarah hadiahkan

Pelakon jelita, Puteri Sarah hadiahkan sebuah Proton x50 kepada ibu dan bapanya telah berjaya tarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin di IG-storynya, dia berharap pemberian tersebut dapat menggembirakan hati insan tersayangnya itu.

Dalam perkongsian itu juga, dapat dilihat ibu bapa Puteri Sarah berada disisi kenderaan itu bersama dua orang lelaki yang dipercayai jurujual kereta terbabit.

Puteri Sarah hadiahkan

image is not available

“Kepada mama dan baba, ini tak seberapa tapi saya harap kalian gembira dengan kereta baharu ini.

“Doakan Sarah berjaya dunia dan akhirat,” katanya.

Sekadar info, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah popular, Syamsul Yusof namun bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 6 tahun.

Puteri Sarah hadiahkan

image is not available

image is not available

Sumber: Instagram @Puteri Sarah Liyana