Puteri Sarah Kongsi Mesej Daripada Netizen Yang Dakwa Suaminya Sudah Kahwin Dengan Ira Kazar

Entertainment
22 Dec 2022 • 12:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Puteri Sarah Liyana - Gambar Instagram Puteri Sarah

Pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana telah berkongsi mesej yang dihantar oleh netizen yang mendakwa suaminya iaitu Syamsul Yusof telah berkahwin dengan Ira Kazar.

Menerusi hantaran yang dimuatn aik Puteri Sarah di Insta Story, dia memberitahu  bahawa dia telah mendapat tahu tentang hubungan suaminya bersama Ira Kazar sehari sebelum dia melahirkan anak keduanya iaitu Sumayyah.

"Sehari sebelum saya lahirkan Sumayyah, pihak ketiga sendiri yang beritahu saya bahawa dia ada hubungan dengan suami saya. 

“Masa itu saya sedang sarat mengandung sembilan bulan lebih. Kenapa dia buat macam tu saya tak tahu. Tiada hati perut namanya," dedah Puteri Sarah.

image is not available

Tulis Puteri Sarah lagi, seorang penipu akan sentiasa menjadi penipu dan dia enggan lagi berada dalam keadaan yang penuh toksik.

"Soroklah selagi boleh sorok. Kebenaran akan terbongkar juga satu hari nanti. Narsistik seperti kamu akan sentiasa memanipulasi kebenaran. 

“I'm done with toxicity. Penipu akan sentiasa menjadi penipu. Semoga berjaya kepada anda berdua. Dua-dua toksik," tulisnya.

Puteri Sarah juga berharap agar tahun 2023 bakal membongkar segalanya kerana dia sudah tidak lagi mampu berhadapan dengan manusia hipokrit. - Getaran, 22 Disember 2022