
Nama pelakon Datin Eina Azman baru-baru ini menjadi tumpuan gara-gara videonya menangis teresak-esak di TikTok sehingga mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen.
Rupa-rupanya, Eina menangis sedih gara-gara di’prank’ suaminya sendiri, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Hardeen yang memberi kejutan sempena hari lahirnya.
Kejutan itu turut dibuat pada hari pelancaran produk terbaru keluaran Eina iaitu produk pemutih kulit, bersama-sama dengan pelakon Didi Alias.

Sumber : Facebook
Meskipun air mata Datin Eina adalah tangisan kegembiraan di hujung-hujungnya, namun ramai netizen lebih tertumpu kepada produk terbaru pelakon drama bersiri The Maid itu.
Meninjau ruangan komen satu hantaran ini, netizen mengecam produk pemutih itu dan meminta netizen untuk lebih bijak memilih sebelum membeli sesuatu produk.
Dakwa netizen, Datin Eina memiliki kulit putih hasil daripada rawatan klinik aestetik dan kecantikan dan bukannya daripada produk ‘overclaim’ yang dijual di pasaran.

Sumber : Facebook
Dia jual apa? Produk pemutihan ke? Sure ke dia makan benda tu? Dia dah habis drip kulit pergi klinik kulit, pergi spa, masih ada yang nak beli ke?
Dah bertahun putih macam tumpah clorox sebab drip pastu 2023 keluar produk untuk memutihkan badan. Lagi pelik sebab ramai yang terpedaya.
Ada juga yang berseloroh agar Datin Eina ‘memutihkan’ suami sendiri sebelum menjualnya kepada orang awam.
"Tak Perlu Tamak Haloba" - Didakwa Sering 'Menempel' Dekat Artis Popular, Individu Ini Bandingkan Shuhada Dengan Balu Abam Bocey
The post “Putihkan Suami Dulu Please..” – Eina Azman Keluar Produk Pemutih Kulit, Netizen Dakwa ‘Founder’ Tak Guna Pun Produk Sendiri? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

![[VIDEO] Bukan Kes Penyondol, Suami Tak ‘Wish Birthday’ Punca Eina Azman Menangis](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
