Putin dipercayai 77.7% rakyat Rusia – Tinjauan

15 Sep 2023 • 6:34 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MOSCOW: Lebih 75 peratus rakyat Rusia menyatakan keyakinan mereka terhadap Presiden Vladimir Putin (gambar) dan lebih 70 peratus juga yakin akan prestasinya, menurut tinjauan baharu yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Pendapat Awam Rusia pada Jumaat, lapor Sputnik.

Hanya 15.7 peratus responden tidak setuju dengan prestasi Putin sebagai presiden, manakala 77.7 peratus daripada sampel berkata mereka mempercayai pemimpin Rusia itu dan 74 peratus yakin akan prestasi beliau.

Selain itu 18.3 peratus responden menyatakan tidak percaya terhadap Putin.

Tinjauan itu dijalankan dari 4 hingga 10 Sept dalam kalangan 1,600 warga Rusia. Margin ralat tidak melebihi satu peratus. -Bernama