Putin henti eksport minyak ke negara laksanakan penetapan had harga

Business & Finance
28 Dec 2022 • 4:26 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin (pix) mengeluarkan dekri mengharamkan eksport minyak kepada negara-negara yang mengenakan dasar penetapan had harga bermula Februari.

Bekalan produk dan minyak Rusia kepada syarikat dan individu asing diharamkan jika kontrak itu “secara langsung atau tidak langsung menggabungkan mekanisme penetapan had harga”, menurut dokumen yang diterbitkan pada Selasa, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Peraturan Kesatuan Eropah (EU) itu disokong oleh ekonomi terkemuka Kumpulan Tujuh (G7) dan telah dilaksanakan sejak awal Disember bagi memaksa Rusia menjual minyak pada harga maksimum US$60 setong (159 liter).

Minyak mentah dari Rusia kini hanya boleh diimport ke negara-negara EU dalam kes-kes tertentu.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved