Putin jemput Sultan Ibrahim lawat Rusia

LocalPolitics
14 May 2025 • 10:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sultan Ibrahim

MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kremlin, telah meminta agar Anwar menyampaikan jemputan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim untuk melawat Rusia.

“Saya ada satu permintaan besar. Sampaikan salam hormat saya kepada Ketua Negara, Sultan Ibrahim,” kata Putin kepada Perdana Menteri, menurut laporan Agensi Berita Rusia (TASS).

“Kami menantikan keberangkatan baginda ke Rusia,” ujar Presiden itu lagi. - Bernama