Putin Tandatangani Dekri Iktiraf Kemerdekaan Wilayah Kherson, Zaporizhzhia

30 Sep 2022 • 3:00 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

MOSCOW, 30 Sept (Bernama) — Presiden Rusia Vladimir Putin pada awal Jumaat menandatangani dekri mengiktiraf kemerdekaan wilayah Kherson dan Zaporizhzhia di Ukraine yang ditawan oleh tentera Rusia, lapor Agensi Anadolu.

Pungutan suara (referendum) untuk menyertai Rusia diadakan antara 23-27 Sept di Republik Rakyat Donetsk dan Luhansk, yang berada di bawah kawalan kumpulan pemisah pro-Rusia, dan di wilayah Kherson dan Zaporizhzhia.

Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov berkata satu upacara akan diadakan di Istana Kremlin pada Jumaat untuk penggabungan wilayah itu dengan Rusia.

Referendum itu menerima kutukan meluas masyarakat antarabangsa dengan negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat mengatakan wilayah itu tidak akan diiktiraf.

Rusia mengiktiraf kemerdekaan kerajaan pemisah di Donetsk dan Luhansk pada 21 Feb.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved