Putrajaya FA konsisten lahirkan bakat baharu

LocalFootball
13 Aug 2026 • 1:56 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Putrajaya FA konsisten lahirkan bakat baharu

PUTRAJAYA: Putrajaya FA terus memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan bola sepak akar umbi di negara ini dilaksanakan secara konsisten menerusi penganjuran kejohanan peringkat umur.

Terbaharu, Putrajaya FA dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya dan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) menganjurkan Kejohanan Putrajaya Football Academy Cup (PFAC) 2026 di Padang Turf, Presint 4.

Penganjuran secara berterusan itu wajar dijadikan contoh dalam usaha memastikan program pembangunan akar umbi tidak terhenti, selain memberi peluang kepada pemain muda mendapatkan pendedahan kompetitif sejak usia awal.

Sebanyak 55 pasukan termasuk dari Pahang, Negeri Sembilan, Kedah dan Perak mengambil bahagian dalam lima kategori umur iaitu bawah lapan tahun (B-8), B-10, B-12, B-14 dan B-16, sekali gus membuktikan sambutan positif terhadap usaha membangunkan bakat muda di Putrajaya.

Kejohanan berkenaan dirasmikan Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Mohd. Sakeri Abdul Kadir, manakala Presiden Putrajaya FA, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim turut hadir mengiringi beliau.

Selain mencari bakat baharu, kejohanan seperti PFAC 2026 penting dalam membentuk pemain muda yang lebih berdisiplin, berdaya saing dan mempunyai pengalaman beraksi dalam suasana pertandingan sebenar.

Usaha berterusan Putrajaya FA bersama rakan strategik diharap dapat menyemarakkan lagi minat golongan muda terhadap bola sepak, sekali gus melahirkan lebih ramai pemain berkualiti untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi pada masa depan.-UTUSAN

The post Putrajaya FA konsisten lahirkan bakat baharu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved