Putrajaya Kini Dalam Fasa Peralihan Ke Sistem Lampu Isyarat AI

LocalTechnology
14 Jan 2026 • 1:07 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Perbadanan Putrajaya kini memaklumkan para pengguna, mengatakan mereka sedang melaksanakan kerja menaik-taraf sistem pengurusan trafik di Putrajaya kepada sistem berasaskan kecerdasan buatan. Dengan langkah ini, Putrajaya menyasarkan aliran trafik yang lebih lancar berbanding sedia ada.

Untuk sistem berkenaan, kamera VA akan digunakan dalam melakukan analisa video sekaligus mengesan jumlah kenderaan, serta mengukur jarak barisan menunggu dengan tepat. Seterusnya sistem akan melaraskan masa lampu hijau berdasarkan trafik semasa, selain meramal corak trafik. Sistem juga akan menyeragamkan paparan lampu isyarat dalam mewujudkan aliran trafik tanpa henti di Putrajaya. Dengan langkah ini, aliran trafik dijangka akan lebih lancar, sekaligus mengurangkan kadar kesesakkan jalan raya.

image is not available

Buat masa ini, fasa peralihan sementara sedang dilaksanakan, dan ia dijangka akan dnaik-taraf ke sistem berasaskan AI dalam masa terdekat. Buat masa ini, garis masa pelaksanaan belum dikongsikan lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved