Putrajaya lepaskan 65,000 nyamuk ber-Wolbachia, bantu perangi denggi

LocalHealth & Fitness
8 Dec 2025 • 11:12 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Sebanyak 65,000 nyamuk Aedes ber-Wolbachia dilepaskan pada Jumaat lalu di Apartment Perumahan Penjawat Awam Fasa 18R12 dan 18R13, Presint 18, Putrajaya.

Program ini dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan WP Putrajaya bersama Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Seksyen Pengurusan Kuarters BPH sebagai langkah memperkukuh pencegahan denggi di kawasan berpenduduk padat.

Nyamuk ber-Wolbachia ini ialah nyamuk Aedes yang disuntik dengan bakteria Wolbachia, bertujuan menggantikan populasi nyamuk liar yang membawa virus. Jenis ini tidak boleh menjangkiti manusia dengan penyakit seperti denggi, Chikungunya, Zika atau demam kuning, menjadikannya kaedah biologi yang lebih selamat berbanding penggunaan bahan kimia.

Baca juga:

image is not available

image is not available

PPj memaklumkan bahawa kes denggi di Putrajaya telah menurun sebanyak 60.8% berbanding tempoh sama tahun lalu. Hasilnya menunjukkan bahawa pendekatan berasaskan bioteknologi ini mampu mengurangkan kebergantungan kepada semburan kimia dan lebih mesra alam serta komuniti.

Reaksi netizen & jawapan santai PPj

Di media sosial, ramai pengguna menyokong langkah itu sambil berseloroh dengan pelbagai soalan lucu, daripada cadangan letak “tag” pada nyamuk hingga gurauan pasal “nyamuk senior”.

Pihak PPj turut membalas dengan nada santai tetapi berinformasi, menjelaskan bahawa hanya nyamuk jantan dilepaskan, ia tidak menggigit manusia dan membantu menyekat pembiakan Aedes.

image is not available

image is not available