Putrajaya Meterai MoU, Rangka Kerja Keselamatan Siber, Digital Dan Ekonomi Hijau Dengan Singapura

Politics
30 Jan 2023 • 3:08 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar Ibrahim (kiri) bersama Lee Hsien Loong (kanan) menyaksikan majlis menandatangani dua Kerangka Kerjasama dalam Ekonomi Digital dan Ekonomi Hijau antara Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz (dua, kiri) dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Gan Kim Yong (dua, kanan) di Istana hari ini - Gambar Bernama

SINGAPURA - Dua rangka kerja dan satu memorandum dimeterai Putrajaya dan kerajaan Singapura hari ini, meliputi aspek keselamatan siber, digital dan ekonomi hijau.

Dua rangka kerja melibatkan kerjasama dalam ekonomi digital serta ekonomi hijau itu ditandatangani Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mewakili kerajaan Malaysia, dan rakan sejawatnya, Gan Kim Yong bagi pihak Singapura.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital. Fahmi Fadzil pula mewakili Malaysia untuk menandantangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mempromosikan kerjasama dari aspek Data, Keselamatan Siber dan Ekonomi Digital.

Mewakili Singapura untuk tujuan tersebut ialah Menteri Komunikasi dan Maklumat, Josephine Teo.

Kedua-dua acara di The Istana itu turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. 

Anwar mengetuai delegasi Malaysia untuk lawatan rasmi pertamanya ke Singapura. 

Kesemua dokumen yang ditandatangani itu akan membolehkan kedua-dua negara meneroka peluang pelaburan berimpak tinggi yang bakal membawa manfaat besar kepada kedua belah pihak. - Getaran, 30 Januari 2023

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL