Putri Qisya Pilih Bangkit & Terus Kuat, Bercita-Cita Mahu Jadi Juruterbang TUDM

LocalFamily & Parenting
8 Jul 2025 • 5:33 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Walaupun baru berusia 12 tahun, Putri Qisya Nur Izzat Mohamad Azim Izat dilihat tetap cekal selepas kehilangan ibu bapa serta empat adik-beradik yang ditemukan lemas di Sungai Korok, semalam.

Putri Qisya tak dapat sembunyikan kesedihan

Memetik laporan daripada Buletin TV3 Qisya kelihatan lebih tenang namun tidak dapat menyembunyikan kesedihan sewaktu ditemui media pada hari ini.

Dia lebih banyak tunduk dan tidak banyak bercakap, berbeza berbanding semalam di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah.

image is not available

Putri Qisya mahu ke sekolah semula

Namun, di sebalik kesedihan itu, Qisya menunjukkan semangat luar biasa untuk teruskan hidup.

“Sekolah balik lah, cuba buat rutin dengan cara biasa,” katanya.

Putri Qisya mahu jadi juruterbang

Lebih menyentuh hati, apabila ditanya mengenai cita-cita, Qisya menyatakan keinginan untuk menjadi juruterbang wanita Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila dewasa kelak.

“TUDM, jadi juruterbang? Ya,” angguknya ringkas.

image is not available

Nenek tak paksa cucu tinggal dengannya

Sementara itu, neneknya, Roswati Zainul, 52, menyatakan dia menyerahkan sepenuhnya kepada Qisya untuk memilih tinggal bersama siapa selepas ini.

Ujar Roswati lagi, cucunya kini menjadi sumber kekuatan kepadanya selepas anak tersayang pergi bersama suami serta cucu-cucunya dalam kejadian tempoh hari.

“Cuma tanya dia… Tok Ummi tak paksa, tak minta, suruh ikut kata hati.
Selesa rasa apa, dia serasi dengan siapa. Duk dengan Tok Ummi pun boleh, dia dah jadi kekuatan saya bila mak dia tak ada, kan.
Jangan paksa hati nak jaga hati orang. Ni saya tak nak… ikut yang mana kita nak hidup hari-hari, kan,” katanya.

image is not available

Nampak Putri Qisya kelihatan kuat

Walau bagaimanapun, Roswati memaklumkan yang Qisya kelihatan kuat sejak kejadian menimpa keluarganya, namun hari ini dia sedikit beremosi.

“Setakat kelmarin nampak dia macam kuat lah… Tapi hari ni nampak dia terduduk sikit masa tengok jenazah.
“Dia boleh tengok walid dia, ummi dia. Saya rasa dia keletihan,” katanya.

Terdahulu, berita kehilangan enam sekeluarga yang dikhuatiri hilang sejak Sabtu lalu selepas bermalam di rumah ahli keluarga di Taman Aman, Jitra akhirnya terjawab apabila kesemua mangsa ditemukan meninggal dunia dalam kereta Proton Saga Iswara yang tenggelam di dalam Sungai Korok.

image is not available

Mangsa yang maut adalah pasangan suami isteri, Muhammad Azim Izat Ishak, 32, dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, serta empat anak iaitu Putra Rayyan Nur Izat, 9; Hawa Adriana, 8; Anayla Huma’ira, 7, dan Tuah Haidar yang baru berusia enam bulan.

Sumber: Buletin TV3 (Siti Khadijah Jaafar)