PWS salur RM50,000 wakaf fisabilillah untuk keselesaan jemaah masjid Morib

8 Feb 2026 • 9:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 8 FEB: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyalurkan sumbangan wakaf fisabilillah RM50,000 bagi pemasangan sistem penyaman udara di Masjid Jama’iyyah, Morib.

PWS memaklumkan sumbangan itu bertujuan meningkatkan keselesaan jemaah serta memperkukuh peranan masjid sebagai pusat ibadah, pendidikan dan pembangunan komuniti setempat.

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan PWS dalam memperkukuh ekosistem wakaf yang mampan dan berimpak tinggi, selari dengan usaha memperluas manfaat wakaf secara inklusif dan strategik.

“Semoga sumbangan ini menjadi asbab kesejahteraan ummah serta saham akhirat yang berterusan buat para pewakaf,” menurut kenyataan PWS menerusi Facebook.

Orang ramai yang ingin berwakaf tunai boleh melayari Wakaf Selangor Online di https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau https://infaqpay.my/go/wakafselangor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved