PWS sumbang wakaf RM50,000 bantu sekolah bina dataran berbumbung

25 Jan 2024 • 2:50 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 25 JAN: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) hari ini menyumbangkan wakaf fisabilillah berjumlah RM50,000 kepada Sekolah Rendah Agama Sungai Tangkas, Kajang.

Sumbangan diserahkan Pengurus Bahagian Korporatnya Muhammad Hafiz Bahari bagi membantu pihak sekolah membina dataran berbumbung untuk kemudahan warganya.

“Sesi penerangan wakaf tunai juga turut disampaikan Muhammad Hafiz, di samping merasmikan majlis apresiasi kecemerlangan (sekolah) tersebut,” menurut perbadanan itu di Facebook.

PWS turut membuka kaunter wakaf di situ bagi memberi peluang kepada guru dan ibu bapa untuk melaksanakan amalan sunnah berwakaf melalui potongan gaji dan secara tunai terus.

Penubuhan PWS yang juga anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor (Mais) diwartakan pada 11 Januari 2011 hasil buah fikiran Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Pada 2009, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya Mais menubuhkan perbadanan itu supaya pengurusan wakaf dapat diperkasa seperti zakat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved