Pyo Yejin Bakal Jadi Kekasih Ji Changwook Dalam ‘Fabricated City’

WorldEntertainment
17 Oct 2024 • 10:14 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Adakah Pyo Ye-jin bakal berlakon bersama Ji Chang-wook?

Menurut wakil industri hiburan,

Pyo Ye-jin akan muncul sebagai watak penting dalam siri drama baru ‘Fabricated City’.

“Fabricated City” menggambarkan kisah balas dendam berdarah yang dilakukan oleh seorang lelaki biasa yang kehidupannya tiba-tiba dimanipulasi sepenuhnya dan terjatuh ke dalam kegelapan, sebelum kembali dari ‘neraka’ untuk membalas dendam.

image is not available

Terutama sekali, karya ini dikhabarkan mempunyai kos produksi sebanyak 35 bilion won (RM110.2 juta) dan ianya akan menampilkan Ji Chang-wook dan Do Kyung-soo sebagai watak utama.

Pyo Ye-jin dijangka memegang peranan penting dalam cerita ini sebagai kekasih Ji Chang-wook lantas menaikkan lagi jangkaan buat drama berkenaan.

Nantikan maklumat lanjut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.