Batu Gajah, Perak, keunggulannya terletak pada sejarah perlombongan bijih timah, lokasi strategik berhampiran Bandaraya Ipoh, dan tarikan warisan kolonial. Ia merupakan pusat pentadbiran Daerah Kinta sejak era British, terkenal dengan mercu tanda seperti Kelle's Castle (rumah agam misteri sering dikaitkan dengan kisah hantu), dan Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 (sebuah kapal korek bijih timah terakhir yang masih tersergam diperlihara dengan baik sebagai tarikan utama untuk para pelancong dalam dan luar negara), simbol kegemilangan industri perlombongan. (www.mdbg.gov.my)
Masakini ia mempunyai Kawasan Perusahaan Memban yang menyumbang kepada ekonomi tempatan, serta peningkatan pusat komersial baharu. Secara keseluruhan, Batu Gajah menawarkan gabungan unik antara nostalgia sejarah perlombongan & pembangunan bandar yang semakin berkembang pesat. Terdapat juga kawasan santai, tempat makan yang unik seperti Silverlake & The Coach Coffee Shop. Di sinilah bermulanya asas perniagaan ‘Q’ Bistro.

Restoran Q Bistro merupakan rangkaian restoran popular yang terkenal dengan konsep “Mamak Signature” yang lebih moden dan premium. Menariknya, sejarah perniagaan ini bermula di Batu Gajah, Perak pada tahun 1968 apabila pengasasnya, Muhamed Dukif, memulakan perniagaan makanan Muslim India secara kecil-kecilan sebelum berkembang ke Kuala Lumpur & Putrajaya. Kini, Q Bistro diuruskan oleh generasi seterusnya dan telah menjadi suatu penanda aras bagi restoran mamak yang menekankan aspek kebersihan serta pensijilan halal JAKIM sejak 2018, sesuai untuk majlis keluarga dan sosial.

Pengarah Urusan Kumpulan bagi rangkaian Restoran Q Bistro ialah Riyasutin Mohamed Dukif, yang merupakan generasi kedua selepas bapanya, Arwah Mohamed Dukif, meninggal dunia pada tahun 1993. Peneraju Riyasutin bertanggungjawab mentransformasikan model gerai traditional yang dimulakan oleh bapanya kepada konsep restoran mamak premium dan moden pada tahun 2008. Di bawah pengurusan beliau, Q Bistro telah berkembang daripada satu cawangan di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, kepada empayar yang mempunyai 26 cawangan, yang terbaharu ialah di Presint 2 Putrajaya (Lakefront). (https://qbistro.com)
Di Majlis perasmian pembukaan cawangan baharu, Putrajaya Lakefront dan rumah terbuka “Riang Ria Raya', Riyasutin jelas menekankan ”Kepentingan minat, benar-benar bersemangat & komitmen yang tinggi dalam bidang F&B sebagai kunci utama untuk bertahan lama dalam industri." Beliau juga ialah Pengarah Urusan Hajris Holdings Sdn. Bhd, yang menguruskan beberapa jenama makanan seperti Restoran Hajris, Nasi Kandar Stadium & Warong Din.
Zulkifly Baharom (hajizul50@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.
