Possi Ialah Berus Gigi Kanak-Kanak Yang Memainkan Muzik Menerusi Aliran Tulang

Design
16 Jul 2019 • 12:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tabiat yang baik perlu dibentuk sejak kecil. Memberus gigi ialah antara tabiat yang sukar diajar kepada anak-anak dan memerlukan kesabaran yang tinggi dari ibu bapa. Syarikat pembuat berus gigi Lion dan Kyocera telah melancarkan Possi khusus untuk kanak-kanak. Possi unik kerana ia boleh memainkan muzik yang dialirkan terus ke telinga pengguna menerusi sistem aliran tulang.

image is not available
Bahagian tubuh Possi adalah besar bagi memudahkan ia dipegang oleh anak kecil. Tubuh yang sama bergetar dan bahagian kepala berus gigi seramik mengalirkan muzik ke gigi terus ke telinga pengguna. Secara teori, muzik yang dimainkan boleh menggalakkan kanak-kanak untuk memberus gigi mereka.

Muzik kegemaran boleh dihantar ke Possi menggunakan aplikasi telefon pintar atau sambungan kabel. Buat masa ini Possi hanya ditawarkan untuk pasaran Jepun pada harga ¥17,500 (~RM 666) untuk satu set lengkap.