Anggota tentera maut dirempuh kereta

28 May 2020 • 2:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

HULU SELANGOR - Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia maut dalam kemalangan di Kilometer 8 Jalan Sungai Choh - Bukit Beruntung di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, mangsa yang dikenali sebagai Jamilul Firdaus, 34, dalam perjalanan dari Bukit Sentosa ke tempat kerjanya di Markas Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Bukit Hagate Jalan Padang Tembak, Keramat, pada jam 6.10 pagi.

"Sebuah kereta jenis Honda Accord yang dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun telah hilang kawalan dan terbabas serta melanggar motosikal jenis Honda EX5 yang dinaiki mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Arsad berkata, mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta yang juga seorang pelajar itu tidak mengalami kecederaan.

"Lelaki berkenaan telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor bagi membantu siasatan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved