SanDisk Hadir Dengan Pemacu USB 1TB – Harga Sekitar RM1025

TechnologyDigital
8 Jan 2020 • 7:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

SanDisk sedia terkenal dengan produk-produk storan dalaman atau juga luaran. Baik SSD, pemacu USB, kad memori dan banyak lagi. Seperti biasa, SanDisk turut akan mempamerkan produk-produk baharu di CES dan tahun ini di acara CES 2020 – mereka telah memperlihatkan pelbagai produk storan. Salah satu daripadanya adalah pemacu USB-A dan USB-C bersaiz 1TB.

image is not available

Melalui pemacu USB ini, ia boleh digunakan pada komputer riba dan juga telefon pintar. Ia dibina dari logam, dan mempunyai bahagian untuk sangkut keychain. Saiznya juga adalah sangat kompak dan dijangka akan dijual pada suku kedua tahun 2020. Di laman web rasmi SanDisk, pemacu USB ini disenaraikan untuk dijual pada harga $249.99 – iaitu sekitar RM1025. Jika ia masuk ke pasaran Malaysia dan anda ingin membelinya, pastikan sangkut pada keychain atau penjejak lokasi seperti Tile – jika tidak kalau hilang, saya yakin anda akan murung seumur hidup.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved