Pada Mei lalu Volocopter memperlihatkan imej pengolokan VoloPort yang merupakan lapangan teksi terbang mereka. Di acara Transport Systems (ITS) World Congress yang sedang berlangsung di Singapura, prototaipnya telah diperlihatkan kepada pengunjung. Dengan pengenalan VoloPort, Volocopter dapat menawarkan perkhidmatan teksi terbang mereka kepada umum.

VoloPort ini boleh dilihat sendiri oleh pengunjung di Marina Bay Sands. Turut dipamerkan ialah Volocopter 2X, prototaip teksi terbang awal dari mereka.
