Kerajaan semalam mengesahkan mereka terbuka kepada pembangunan industri seru motor di Malaysia seperti Gojek. Dengan perkhidmatan ini, pengguna akan mendapat pilihan baru untuk pergi ke destinasi dengan lebih cepat kerana tidak terperangkap di dalam kereta. Menurut laporan Free Malaysia Today, pengusaha Big Blue Taxi, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata beliau akan memprotes jika ini perkhidmat seru motor beroperasi di Malaysia.

Beliau tidak teragak-agak untuk melakukan demonstrasi di Putrajaya dan sekiranya dibenarkan akan melakukan demonstrasi di hadapan kediaman Syed Saddiq dan Anthony Loke jike dibenarkan.
Datuk Shamsubahrin Ismail adalah antara suara paling lantang menentang perkhidmatan seru-pandu suatu ketika dahulu. Antara sarana beliau ianya menyeru kerajaan menetapkan tambang lebih mahal pada perkhidmatan seru pandu dan bantuan kerajaan mengubah teksi kepada kenderaan elektrik. Tetapi beliau akhirnya akur dengan keperluan pasaran dan syarikat beliau melancarkan aplikasi Big Blue bagi membolehkan pelanggan menyeru pandu teksi.
