Google Akan Mula Menghalang Muat Turun Fail Dari Laman Web Yang Tidak Selamat

TechnologyDigital
11 Feb 2020 • 2:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebelum ini, Google telah mula mengemaskini pelayar web mereka, Google Chrome dengan ciri-ciri seperti penghalang iklan yang tidak akan memainkan iklan video yang menjengkelkan.\

Terkini, pihak Google mengatakan bahawa kemaskini pelayar tersebut yang akan dikeluarkan pada bulan April kelak akan memastikan bahawa pelayar tersebut tidak memuat turun fail-fail daripada laman web yang tidak selamat, dan tidak mempunyai ciri sekuriti HTTPS.

image is not available

Menurut blog Google Chrome, kemaskini akan hadir pada bulan April kelak melalui kemaskini Chrome 82, dimana pelayar tersebut akan memberi amaran kepada pengguna yang mereka sedang memuat turun fail dari sumber yang kurang selamat dan tidak dipercayai.

Apabila kemaskini Chrome mula dikeluarkan, banyak lagi format fail yang dimuat turun dari sumber-sumber tidak selamat ini akan dihalang daripada dimuat turun, dan menjelang kemaskini Chrome 86 yang akan tiba pada bulan Oktober kelak, fail-fail yang lain seperti fail video, audio, gambar, PDF dan fail arkib juga akan dihalang jika Chrome mendapati bahawa laman web tersebut tidak selamat.