Covid-19: Turki hantar bantuan peralatan perubatan ke Palestin

LocalPolitics
25 Apr 2020 • 11:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

RAMALLAH - Turki pada Jumaat menghantar sumbangan berupa peralatan perubatan ke Palestin untuk membantu negara itu melawan wabak Covid-19, lapor agensi berita Anadolu.

Bantuan termasuk kit ujian Covid-19, penutup hidung dan mulut, pakaian khas dan peralatan asas lain itu, disampaikan oleh Agensi Penyelarasan dan Kerjasama Turki (TIKA) kepada pegawai kesihatan Palestin dalam satu majlis di bangunan Kementerian Kesihatan di Ramallah.

Menteri Kesihatan Palestin, Mai Al-Kaileh menzahirkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih atas bantuan yang dihulurkan Turki itu.

Turki mengumumkan pakej bantuan untuk Palestin dalam mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), kata Menteri Luar Palestin Riyad al-Maliki dalam satu kenyataan.

Pada Rabu, OIC mengadakan mesyuarat luar biasa untuk membincangkan langkah-langkah pencegahan untuk membendung virus itu.

Sejak 2006, rejim Israel mengenakan sekatan di Semenanjung Gaza, yang dihuni hampir dua juta penduduk Palestin, menyebabkan sektor ekonomi, kesihatan dan pendidikan terjejas.

Palestin mencatatkan 480 kes Covid-19 dengan dua kematian setakat ini.- Bernama




View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved